Ketika itu, Ketua Kampung Jaya Gading ialah En. Wan Muhamad Bin Wan Bakar. Setelah beberapakali dibincangkan, maka JKKK secara rasmi telah memohon kepada YAB Menteri Besar Pahang untuk membina sebuah Masjid baru. Surat Bil(18)JKKK.JG.KTN/03/95 bertarikh 13 Mac 1995. JKKK juga telah mengemukakan pelan tapak Cadangan Membina Sebuah Masjid Baru Kampung Jaya Gading kepada Pengarah JAIP. Surat Bil(35)JKKK.JG.KTN/03/95 bertarikh 7 Julai 1995. Surat tersebut telah dijawab oleh JAIP Bil(12)dlm.JU.PHG.4/0765 dengan makluman bahawa Masjid Baru Kampung Jaya Gading tiada dalam senarai yang diluluskan dalam RMK 7 dan akan dicadangkan semula melalui Qadhi Daerah Kuantan.
JKKK Kampung Jaya Gading tanpa putus asa terus berusaha untuk merealisasikan apa yang telah dirancang dan pada 6 Januari 1996, Setiausaha JKKK, Tn. Sheikh Zulrushdi Bin Sheikh Zakaria dan Ahli Jawatankuasa JKKK, En. Abu Sahary Bin Alias telah ke Pejabat Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Pekan bagi proses merezabkan Tapak Masjid Baru Kampung Jaya Gading . YH. Dato’ Haji Abdul Muttalib Bin Haji Mohd Ali Al-Fakwie, Timbalan Yang Di Pertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang telah menandatangani surat Bil.(20)dlm.MUIP.PHG.20/5/1 dan telah dihantar terus secara tangan oleh Setiausaha JKKK kepada Pentadbir Tanah Daerah Kuantan.
JKKK Kampung Jaya Gading tanpa putus asa terus berusaha untuk merealisasikan apa yang telah dirancang dan pada 6 Januari 1996, Setiausaha JKKK, Tn. Sheikh Zulrushdi Bin Sheikh Zakaria dan Ahli Jawatankuasa JKKK, En. Abu Sahary Bin Alias telah ke Pejabat Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Pekan bagi proses merezabkan Tapak Masjid Baru Kampung Jaya Gading . YH. Dato’ Haji Abdul Muttalib Bin Haji Mohd Ali Al-Fakwie, Timbalan Yang Di Pertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang telah menandatangani surat Bil.(20)dlm.MUIP.PHG.20/5/1 dan telah dihantar terus secara tangan oleh Setiausaha JKKK kepada Pentadbir Tanah Daerah Kuantan.
Pada 2 November 2001 bersamaan 16 Syaaban 1422 Hijrah, KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah, Sultan Pahang telah berangkat menunaikan Solat Jumaat di Masjid Kampung Jaya Gading. Dalam kunjungan tersebut, Baginda telah beramah mesra dan mendengar pemasalahan rakyat. Baginda juga telah meninjau keadaan Masjid dan tertarik dengan Plak Perasmian Masjid Kampung Jaya Gading yang telah disempurnakan perasmiannya oleh Almarhum Ayahanda Baginda iaitu DYMM Sultan Abu Bakar pada 12 September 1969 (Jumaat) bersamaan 1 Rajab 1389 Hijrah. Baginda telah mengesyorkan supaya dibina sebuah Masjid Baru bagi menggantikan Masjid tersebut dan bertanyakan sekiranya ada tapak yang sesuai. Ketua Kampung, En. Abu Sahary Bin Alias memaklum sembah bahawa JKKK telah memohon merezabkan satu tapak bersebelahan Masjid sediada sebagai Tapak Masjid Baru. Berikutan sembah tersebut, Baginda telah menitahkan Tuan Pegawai Daerah Kuantan untuk menguruskan rezab Tapak berkenaan.
Pada 11 Julai 2002 bersamaan 27 Syawal 1422 Hijrah, KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah telah sekali lagi berangkat menunaikan Solat Jumaat di Masjid Kampung Jaya Gading. Kali ini, Baginda telah berkenan untuk meninjau Tapak Masjid Baru dengan lebih dekat sebagaimana Pelan yang disediakan oleh Pentadbir Tanah Daerah Kuantan. Bermula dari detik ini, maka bermulalah usaha bagi mendapatkan peruntukan untuk membina sebuah Masjid Baru di Kampung Jaya Gading.
Beberapa mesyuarat telah diadakan di peringkat Daerah bagi membincangkan tujuan tersebut. Namun JKR hanya memperuntukan RM 500,000 (Lima ratus ribu ringgit) kerana keadaan kewangan yang tidak mencukupi. Dengan nilai tersebut JKR hanya mampu mengubahsuai atau memperbesarkan Masjid yang sediada. Dengan tekad untuk membina sebuah Masjid Baru, En. Abu Sahary selaku Ketua Kampung telah menolak tawaran tersebut. Perkara tersebut telah mendapat prihatin KDYMM Sultan Pahang dan dengan berkat usaha Baginda, Jabatan Perdana Menteri telah meluluskan peruntukan tambahan RM 600,000 (Enam ratus ribu ringgit).
Setelah itu, JKR Pahang telah mengeluarkan Tender untuk Membina Sebuah Masjid Baru di kampung Jaya Gading yang bernilai RM 1.1 juta ringgit. Satu Majlis Pecah Tanah yang akan disempurnakan oleh KDYMM Sultan Pahang telah dicadangkan pada 21 Februari 2003 (Jumaat) bersamaan 19 Zulhijah 1423 H. Namun oleh kerana ada perkara yang tidak dapat dielakkan, Majlis tersebut telah dibatalkan. Untuk makluman pada tarikh inilah Masjid Baru Kampung Jaya Gading mula dibina.
Pada 18 Mac 2003 (Selasa) bersamaan 15 Muharam 1424 Hijrah, KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah telah berangkat membuat lawatan tinjauan ke Tapak Masjid Baru Kampung Jaya Gading yang sedang dalam proses pembinaan. Majlis Keberangkatan KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah telah mendapat sambutan meriah daripada ribuan penduduk Kampung Jaya Gading yang telah menunggu sejak awal pagi lagi keberangkatan tiba Baginda Sultan Haji Ahmad Shah.
Setelah dibina dengan beberapa pengubahsuaian serta cadangan peribadi oleh KDYMM Tuanku, Masjid Baru Kampung Jaya Gading akhirnya tersergam indah sebagai Hadiah Hari Raya Aidil Fitri 1425 Hijrah buat semua penduduk Kampung Jaya Gading. Majlis Perasmiannya telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah, Sultan Pahang pada 20 Oktober 2004 (Rabu) bersamaan 6 Ramadhan 1425 Hijrah. Majlis Perasmian bermula pada jam 6.00 petang diikuti dengan Majlis Santap / Jamuan Berbuka Puasa dan Solat Maghrib.
Permohonan Merizabkan Tanah Kerajaan Seluas 1.539 Hektar untuk Tapak Masjid Kampung di Jaya Gading, Mukim Kuala Kuantan, Daerah Kuantan telah diluluskan dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang ke 3/2007 pada 31 Januari 2007 dan disahkan dalam MMK ke 4/2007 pada 7 Februari 2007. Merujuk kepada surat Bil(32)dlm. PTK. 3/5/474 bertarikh 29 Mei 2007 kepada Pengarah JAIP bahawa Pentadbir Tanah Daerah Kuantan sedang dalam proses mewartakan kelulusan Tapak tersebut.